Maulidur Rasul

Assalammualaikum.. dan hye butat semua rakan2 aku di laman ini..

Okay.. hari ni aku nak kalian hayati Sambutan Maulidur Rasul.. Actually, aku mula dapat idea nak update blog aku ni lepas aku dapat satu video dari ayah..


ya.. harap korang pun dapat hayati video ni... aku tak sangka air mata aku menitis hanya dengan menonton vdeo sesingkat ni.. YaAlla, betapa aku rasa kerdil kerana cintaku pada Rasullulah tak sedalam cinta baginda pada aku..

Apa yang aku tahu tiap tahun ialah.. Sambutan Maulidur Rasul ialah sambutan kelahiran baginda. And ia juga tarikh aku lahir.. Mama lah yang bagi tahu, aku ni lahir waktu Maulidur Rasul.. That's why aku dinamakan NABILA...

okay. beralik kepada sambutan Maulidur Rasul.. Kalau dulu kat sekolah, ada lah ustazah atau ustaz yang akan ingat korang tentang sambutan ini.. And korang pun tak yah susah2 nak fikir apa nak buat kan? Macam aku dulu, mesti ustaz Zamri akan datang beri ceramah kepada kami. siapa tu?


haa.. kalau korang ingat rancangan MARI MENGAJI, ni lah dia ustaz tu.. YaAllah, memang sangat hensem aku cakap.. hahaha.. Okay enough Anis...

So, sekarang ni bila zaman sekolah tu dah habis. Macam mana kita nak sambut Maulidur Rasul ni?

Ha... dengan berselawat lah.. bila kita berselawat ke atas baginda. itu tandanya kita ingat pada baginda.. YaAllah, betapa aku terharu kerana sampai ke nafas terakhir baginda pun, baginda masih menyebut tentang umatnya.. Dan dia juga masih nak berpesan pada umatnya..

Kenapa perlu sambut nya?

YaAllah, sesungguhnya banyak lah kelebihan yang kita dapat dari sambutan ini..? aku pun tak berapa tahu.. so, bila tak tahu, kita harus amik tahu kan??
So ini lah yang aku dapat untukkongsi dengan korang.

1. Dalil-dalil umum dari Al Quran yang dijadikan hujjah oleh Ulamak yang membenarkan :

فَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ بِهِۦ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَٱتَّبَعُواْ ٱلنُّورَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ مَعَهُ ۥۤ‌ۙ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ (١٥٧)Maka orang-orang yang beriman kepadanya (Muhammad), dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.(Surah al A’raf 157)


Di dalam ayat ini dengan tegas menyatakan bahawa orang yang memuliakan RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wasallam adalah orang yang beruntung. Merayakan maulid Nabi termasuk dalam rangka memuliakannya.


ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَيۡتُمُ ٱلزَّڪَوٰةَ وَءَامَنتُم بِرُسُلِى وَعَزَّرۡتُمُوهُمۡ وَأَقۡرَضۡتُمُ ٱللَّهَ قَرۡضًا حَسَنً۬ا لَّأُڪَفِّرَنَّ عَنكُمۡ سَيِّـَٔاتِكُمۡ وَلَأُدۡخِلَنَّڪُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ‌ۚ


Bahawa Aku adalah berserta kamu (memerhati segala-galanya). Demi sesungguhnya jika kamu dirikan sembahyang, serta kamu tunaikan zakat dan kamu beriman dengan segala Rasul (utusanKu) dan kamu muliakan mereka dan kamu pinjamkan Allah (dengan sedekah dan berbuat baik pada jalanNya) secara pinjaman yang baik (bukan kerana riak dan mencari keuntungan dunia), sudah tentu Aku akan ampunkan dosa-dosa kamu, dan Aku akan masukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.(Surah al Ma’idah ayat 12)


Erti “azzartumuhum” ialah “memuliakan mereka” (Tafsir Tabari, juz VI halaman 151) Orang yang memuliakan Nabi akan dimasukkan ke dalam syurga. Dan menyambut Maulid Nabi adalah dalam rangka memuliakan Na
bi.
So apa lagi kawan2... Mariah kita hayati sambutan ini.. Cuba lah kita hargai setiap apa yang baginda juang kan buat kita.. Buat kita, iaitu umatnya yang langsung tak pernah baginda temui.. Kalau baginda tak pernah ketemu kita tetapi masih mampu ingat kita, kenapa bukan kita turut ingati baginda. So, amik lah sikit masa tu. Fikir sejenak dan berselawat lah ke atas baginda.

*Maaf kan saya, kalau perkongsian saya, ada silapnya.. Saya cuma nak share.. :)

p/s: Kerana cinta Baginda berkorban, takkan lah kita tak boleh korbankan 2 minit ku hanya untuk mengingati baginda dengan berselawat ke atas baginda.. :')

Comments

Popular Posts