sahabatku cintaku


lumrah hidup lelaki dan perempuan mesti akan jatuh cinta. jatuh cinta ada boleh dengan ikhlas atau semata mata kerana inginkan sesuatu.
kisah ini ialah kisah seorang gadis yang riang, mempunyai seorang teman bernama insan lelaki.
dia mengenali lelaki sejak usianya 13 tahun. ketika usia mudanya, dia tidak tahu erti cinta lagi. dia berkawan rapat dengan lelaki sehingga dia mula dewasa dan menjadi seorang remaja yang cantik. dia mula diikat bersama sahabat karibnya kerana sekeping gambar yang ditangkap rakan lain kerana warna baju mereka yang sepadan.


aku begitu ceria dengan hari hariku. aku suka berkawan. tidak kiralah dengan siapa.
sedang aku sibuk membaca novel ku rakan ku menegurku.
"itu kekasihmu, lagi berjalan ke sini."
aku melihat kearah yang di tunjukkan nya itu. lelaki ini lagi kata hati ku. telah ku kata berulang ulang kali, aku tidak suka padanya, dan kami sekadar kawan baik. tapi tetap saja kami menjadi bahan orang. lantak lah. ada aku kisah.

hari berganti hari,
aku sering di katakan bercinta dengan si dia. mungkin kerana si dia terlalu memerhati dan mengambil berat tentang aku. rasanya hampir seluruh sekolah mengatakan sebegitu.
aku tahu aku hanyalah teman buat si dia. aku tidak terlalu mengharap untuk mendapatkan dia kerana ada yang lebih layak untuk mendapatkan dia. aku teruskan hidupku seperti biasa. aku menafikan nya tiap kali ada yang mengejek kami. tak ku sangka, aku betul betul dah jerat oleh cintanya.
hati ku telah terpaut padanya. sejak bila pun aku tidak tahu. yang aku tahu aku semakin menyukai nya kini. apa patut aku lakukan untuk menafikan perasaan aku ini.
tiap kali aku ke sekolah, mataku seperti sudah di kawal untuk mencari nya di tempat letak motosikal. dahulu aku pasti akan ke sekolah pada pukul 7, tapi kini aku lebih suka datang lewat supaya dapat bertembung dengannya.
tiap kali bertembung dengannya di pagi hari, aku akan berpura pura tidak melihatnya, tapi di hati Tuhan saja yang tahu. aku menanti dengan sabar.
"Good Morning awak!" dia menyapa ku. alangkah seronok nya kalau masa boleh berhenti ketika ini. itu permulaan ku untuk hari ini.

pernah suatu ketika, aku menunggu kepulangan kawan karibku seorang diri. tiba-tiba ada yang duduk di sebelah ku. ku pandang sekilas. dan ku pandang lagi. dia. dia duduk di sebelah ku. aku terdiam seribu bahasa. kenapa mulut aku? bukan aku ke yang paling becok kat sekolah ni. cakap lah sesuatu hatiku memaksa. namun lidah ku bagai terkelu lalu mengunci mulutku dari terbuka.
dia memberi senyuman buatku dan terasa pantas degupan jantungku. aku cuba mengawal takut didengari olehnya. kini baru ku tahu kuasa cinta itu.
namun aku mampu mengawal perasaan ku. aku memeluk kaki ku, supaya tangan ku yang menggigil dapat di sorokkan kan dari pandangannya. dia membuka bicara. aku juga. tiba-tiba suasana menjadi sepi. dia sedang merenung seorang gadis cina sedang bejalan. aku sekadar melihat nya. itu pertama kali aku melihat raut wajahnya secara dekat walaupun hanya sebelah muka. aku terlalu cintakan lelaki ini, sehingga aku tak mampu untuk mengatakan cintaku.

masa berputar begitu laju,
aku dan dia semakin rapat. gambarnya ku simpan di kotak hatiku tanpa ada siapa pun yang tahu. aku malu untuk membaritahu sesiapa pun apa yang aku rasa. susah rasanya untuk jujur pada kata hati.
tiap kali aku cuba mencuri memandangnya, tatkala itu juga dia akan merenungku. alangkah kelam kabutnya aku waktu itu. mata bertentang mata. pernah sekali aku cuba memandangnya tanpa ada apa erti dan dia membalasnya. matanya terlalu tajam. aku mengalah.

setiap malam aku akan menunggu di hadapan komputer untuk berbual dengan nya melalui twitter. alangkah seronoknya bila dia membalas 'tweet' ku. macam dunia aku yang punya. haha
rasa nak jerit pada dunia, yang dia milik aku. tapi siapa lah aku.

suatu hari yang sangat indah. iaitu hari lahirku. dia orang pertama yang mengucapkan hari jadi padaku. macam nak lompat je baca sms dia. Ya Allah.. thank God.
aku ke sekolah dengan kegembiraan dihati. dan dia tidak menegurku. sedikit hampa di hati. tapi waktu ingin pulang, dia memberikan aku sekeping kad.
"happy birthday awak." katanya.
aku tersenyum dan terus tersenyum.

betapa hebatnya cinta dia. tiap kali cuti aku akan merindui dia bagai nak gila. aku cuba melupakannya dengan belajar. aku berusaha untuk menghilangkan rasa cintaku. aku tahu aku tak akan mungkin mendapatkan cintanya. aku tahu dia terlalu bagus untuk ku.

masa seperti mencemburui aku dan dia.
kami sama sama akan meninggalkan sekolah. dia dan aku akan berpisah. aku akan merindui dia. kenapa dia tidak pernah tahu perasaan ku. begitu hebatkah aku berlakon sehingga dia tidak sedar yang aku terlalu cintakan dia. nafasku bagai terhenti bila melihat dia, jantung ku berdegup kencang tanpa henti bila dia berada di sisi. alangkah indah jika dia milikku.

akan aku pendamkan cinta ku ini sampai bila-bila pun. aku ku simpan perasaan indah ini di dalam kotak hatiku. aku cuma berharap dia adalah milikku kerana hatiku telah menjadi miliknya tanpa dia ketahui.
namun, andai dia bukan milikku, aku rela Allah menghilangkan rasa cinta ini kerana aku terlalu takut untuk disakiti.
kau adalah cintaku dan cintaku adalah untuk mu kasih, aku akan sentiasa mendoakan kau sehingga akhir nyawaku kerana kau adalah sahabatku dan cintaku.

Comments

Popular Posts