kawan


kawan? mesti semua dalam dunia ada kawan kan? macam aku juga lah, aku ada beribu kawan. antara yang baik dan tidak saja. aku sayang kawan kawan aku. tak kira lah melayu, cina, india atau apa pun.
pernah tak siapa siapa tanya pada kita, apa itu kawan?
jarang nak dengar solan puitis ni kecuali lah ada minah jiwang yang hidup around korang.

aku dulu pun tak pernah terfikir apa itu kawan?
yang aku tahu, kawan itu, just siapa siapa saja yang aku kenal and bergurau dengan aku.
aku mula tahu and kenal erti kawan waktu aku darjah satu. aku ada tiga kawan je waktu tu. dua perempuan, satu lelaki. dan salah satu anatar mereka still become my best friend sampai sekarang.

then, aku teruskan hidup aku di sekolah rendah tu. kenal lah dengan si dia ni. memang cantik orang nya.
dia sangatlah baik. tapi kami berpisah semasa ingin ke sekolah menengah. rasa rindu juga kadang kadang tu. tapi life must go on kan?

waktu sekolah menengah paling best. aku mula kenal erti kawan yang lebih mendalam lagi.
dalam persahabatan aku ni, unik.. ada lelaki dan perempuan. kami memang rapat sangat. sampai ada gossip murah di sekolah kata, antara kami yang 'couple'.. kami best friend forever lah..
tak faham betul dengan penggosip penggosip tu.. sabar saja lah. kalau nak tahu hubungan persahabatan kami ni, memang jadi bahan orang, tak tahu kenapa? budak budak junior perempuan dengki betul dengan kawan kawan perempuan aku. hensem sangat ke lelaki geng kami ni? tengok sikit. haha boleh lah. dia orang pun di dengki gak kot.. kan kami ni comel2.. hahaha perasan dah ni.

tapi itu bukan point aku nak story ni. aku nak story tentang macam mana kami berkawan. kami kawan tanpa dengar apa orang kata. memang tipu lah tak ada gaduh, selalu kot. tapi yang dah jadi kami jadi kan teladan. yang akan datang kami ciptakan yang terbaik.
kenangan berkawan dengan mereka ni memang memberi aku satu kenangan yang sangat berwarna warni macam pelangi. ada hitam nya ada putihnya. ada yang cerah dan ada yang gelap.
itu semua cuma dugaan dari Illahi saja.

tapi aku nak bagi tahu sikit, kawan yang biasa biasa tu memang senang untuk kita dapat, tak kira kat mana jua. yang susah and jarang kita jumpa tu ialah kawan.. kawan sejati.
dia orang ni memang susah kita nak jumpa, nak kenal. tapi once you all dah dapat dia orang, harigailah. because tak semua orang berpeluang untuk memiliki kawan yang boleh menyayangi mereka balik. so hargailah mereka.

Comments

Popular Posts