Persahabatan Diploma

Assalammualaikum..

Hari ni aku rasa sunyi sangat.. rindu mungkin.. Aku rindu Uitm Seri Iskandar. Aku rindu sahabat2 yag sentiasa ada untuk aku.. Aku rindu suasana disana. Aku rindu panasnya Seri Iskandar. Masih aku ingat pertama kali aku jejak di sana. Takut berjauhan? tak.. aku sudah biasa jauh dari keluarga. Takut tak tahan panas? Tak.. Aku sudah biasa di Perlis panas bakhang. hahah.. Yang aku takut actually masa tu ialah dgn siapa aku akan mula berkawan, mula kisah baru... hahaha

masuk je bilik, hmm kenal dgn roomate yang mcm2 course.. Awal perkenalan baik dan indah.. dan of course lepas tu akan banyak dugaan yek.. Malas nak ungkit. Yang aku tahu, benda tu matang kan aku.. kuatkan aku..

Tapi yang paling banyak mengajar aku hidup ialah dunia Interior Design aku.. Aku mula jauh dri roomate aku, tapi aku mula kenal satu persatu kawan studio aku... Aku mula sayang dunia ID aku.. Penat, nangis, mengeluh.. Itu lah hobi aku.. setiap hari.. tapi aku masih jugak kekal dalam dunia ID aku... 

Tak sangka dalam aku nangis, dalam aku kecewa, dalam aku terluka, ada banyak kenangan manis antara aku dengan rubik Studio. Nama yang pasti aku akan ingat sampai bila2.. Aku hilang kawan di situ. aku kenal diri aku di situ, aku menerima orang di situ, aku menyayangi orang di situ, aku menangis kerana orang disitu, aku berdikari sendirian disitu.. Semua nya kat situ.. 3 tahun bukan masa yang mudah untuk aku tempuh.. Hanya Allah saja yang tahu. Kadang aku terpaksa menangis sendirian kerana terlalu penat tapi Allah tak mungkin tempatkan aku disitu kalau aku tak mampu...

Aku masih ingat susahnya aku dulu, pasti ada je sahabat yang datang even kadang sahabat tu hanya datang sementara, tapi aku tahu dia dah bagi aku erti persahabatan yang sempurna.. Aku dah cukup biasa dengan kawan yang datang dan pergi ni.. Dan benda ni buat aku realize at the end of time aku kena hadap benda ni sendiri.. diowang sekadar pembantu aku untuk jalan dan aku yang kena endingkan perjalanan aku tu...

Kadang ada masa yang buat aku kenal sorang demi sorang mereka itu.. Tatkala buruk nya terpaksa aku accept aku just telan, sebab aku tahu aku juga banyak kurangnya.. kadang rasa sentap dengan kawan keliling kau, tapi orang takkan faham, and last2 kau yang pujuk diri sendiri sebab taknak berlarutan..

Aku pernah kenal seorang insan yang paling aku taknak kehilangan. Tapi persahabatan tanpa kepercayaan tak mungkin kekal lama. Kenangan, kasih sayang, harapan semua hilang kerana ego. Aku hilang dia kerana dunia percintaannya.. Aku pernah terfikir untuk dia hilang cinta itu sebab aku terlalu sayang kn persahabatan itu.. Tapi apa yang lagi penting dalam hidup kau kalau bukan kebahagiaan kawan kau. At last aku undur diri.. Tak mungkin aku akan balik pada kau kawan.. Cukup sekali, dua kali, tiga kali.. cukup masa tu... kau yang pilih jalan tu, dan aku undur,, mudah. Sekali aku sakit kau takkan dapat aku yang dulu. MUDAH...

Seorang insan yang aku kenal sangat lah akrab pada mulanya.. entah mana silapnya.. semakin  hari semakin jauh. Tegur tu tegur tapi entah.. kita dah tak macam dulu.. kadang aku rindu juga sebab dia ni sekepala dgn aku kalau bab minat... macam minat game tembak2, minat wayang, minat main arkid.. serious aku rindu... emmm.. tapii apa boleh buat, orang selalu berubah rubah kan,. as long we still tegur then okay laa..

Ramai yang aku kenal mula nya memberi aku satu tanggapan yang lain yang tak mungkin kita boleh berkawan kini berubah.. aku tak pernah sekali pun sangka aku akan rapat dgn siapa mulanya dan dgn siapa akhirnya.. Banyak sangat benda yang aku belajar.. banyak benda yang buat aku berfikir matang. Alhamdullillah aku masih diri aku yang sama walaupun ada sedikit kisah yang membuat aku menjadi matang dan lain.. Tapi aku masih boleh ketawa seperti aku yang dulu. Semoga tiap persahabatan yang terjalin dgn aku di zman diploma ni boleh menjadi kenangan yang indah dan mematang aku kelak di dunia luar....

p/s : Kawan tak semestinya kekal, tapi tanpa kawan yang baik, jahat, dan pelbagai ni, kita takkan menjadi dewasa. 

Comments

Popular Posts