tentang bulan


sebut tentang bulan, mesti korang ingat pada cerita tentang bulan kan? alaa.. cerita siri kanak kanak tu.
tapi aku tak nak story cerita tu. aku nak story pasal kawan aku yang sangat sukakan bulan.

kisah dia mula waktu kami form4.. kawan aku ni memang otak gila gila lah, tapi antara kami, dia lah yang paling bergaya sakan. orang nya sangatlah ceria. gelak sebatu pun boleh dengar. itu uniknya dia. kami tak pernah malu pun kawan dengan dia sebab dia ada kelebihan yang tersendiri.
di sekolah, mseti ada senior-senior yang agak popular sikit kan? kami memang dah kenal dengan dia orang ini dari form1 lagi. selalu sangat lah kami bertekak. ni nak cerita pasal senior yang paling aku ingat untuk form4. ada tiga orang. senang cerita kami panggil dia A.I.R. dia orang ni tak adalah hensem, tapi dia orang popular sebab dia orang ni kategori mamat mamat baik, alim, and kelakar lah. dia orang rapat dengan kami because dia orang senior pusat sumber kita orang. yang R tu je tak. dia pengawas sekolah. tapi sejak form1 lagi kita orang dah main kejar kejar dengan dia. hahaha

kawan aku masuk kadet remaja sekolah. and A pula jadi ketua kelab tu. sarjan A tu, jangan main main.
sarjan ni tak adalah kacak mana pun. dah lah gelap, pendek pula tu. tapi hati dia. lembut sangat. dia sangat cepat simpati. mungkin sebab ini kawan aku jatuh hati pada dia. memang seronok bila dah jatuh cinta kan? macam orang tua tua selalu cakap. makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah lah sebab angau sangat.

hari hari kawan aku ditemani sms yang indah indah, kata kata yang indah. bukan main manis lagi senyuman yang terukir kat bibir dia tu. tapi yang lawaknya, bila nak date, kenapa kawan aku lagi tinggi dari sarjan tu? haha tak apa lah, nenek aku kata, kalau jodoh tinggi, murah rezeki.. haha

bahagianya dia orang. sampai ada ramai yang cemburu kan dia orang. sarjan ni kalau sms memang kelakar. ayat dia aku dah boleh ingat kot.

"ya. oh. ha? hehe.. haha.. k. okay. ee. uk.. oo.. aa.."

hahaha memang lawak bila part kutuk dia. mak kawan aku pun kutuk kata "anak aku suka bonzai." korang tahu kan bonzai tu? tu pokok yang terbantut. tak tinggi. haha macam sarjan.

tak apalah, hati dah suka, tak boleh nak kata apa lah. kawan aku dah syok. okay je lah, kita doakan dia orang.

tapi...

tak lama lepas tu. kami pergi camp. waktu camp kawan aku dengan sarjan still baik lagi. dari situ kawan aku belajar cemburu. rupanya belambal budak form1 syok kat balak dia. bukan main hangin lah kawan aku ni bila tahu. tapi sarjan kata "jangan risau, saya sayang awak saja." alahaiii.. so sweet. kalah cerita hindustan kuch kuch ho ta hai.

kawan aku memang bising orang nya. dia sangat disayangi. budak budak junior ramai anggap dia macam kakak. termasuk lah salah seorang adik angkat aku ni. dia ni memang baik mulanya.
E nama dia. tak baik sebut nama kan? haha
E ni memang terbaik lah. dia rapat dengan kawan aku mulanya. baik gila. sebab tu juga dia baik dengan sarjan. aku ada dengar cerita, E suka kat sarjan. tapi malas nak ambil endah. tak nak kawan aku fikir yang bukan bukan. dia pun malas nak ambil pusing pasal ni. so just go on.

makin lama, makin banyak pula masalah antara kawan aku dengan sarjan. aku dengan kawan aku lagi dua orang ni dah mula risau. macam nasihat kami bagi, supaya dia orang still together coz sarjan tu baik orangnya. kami selalu kata.
"jangan pernah percay kan kata kata orang, percaya kan dia. sebab kepercayaan itu penting untuk kau teguh kan percintaan kau."
peee...! bukan main jiwang kita orang semua bagi nasihat.

tapi satu hari, kawan aku dapt tahu E sakit, dan dia bergegas nak jumpa E. tapi dia yang terluka balik. dia berhenti di hadapan pintu bilik itu. dia nampak sarjan tengah teman E yang pengsan. berdua.
dalam otak dia.

kenapa mesti berdua?
kan ada ramai lagi kawan kawan E dekat luar tu?
 kenapa mesti sarjan?
kenapa mesti ini terjadi?
macam mana aku nak percaya sarjan lagi bila aku tengok benda benda ni. kat luar tu, ramai dah kata dia orang dua ni ada hubungan.

aku tengok kawan aku lari pergi tandas. aku tanya kenapa? sebab aku memang lembab. aku boleh tak tahu pasal apa.

kawan nangis dan terus nangis.

hari berganti hari. masalah bertambah serius dan akhirnya, kawan aku ambil keputusan untuk lepaskan cinta pertama dia walaupun terpaksa.
demi kebaikan mereka. aku cuba untuk tolong, tapi aku rasa kawan aku berhak buat keputusan. ni pasal life dia, aku dah tak sanggup lagi nak muka dia yang sayu tu, nangis tiap tiap hari.

selepas berapa lama tu. aku dapat tahu sarjan kecewa. dia dah putus dengan E. bukan main syok aku dengar. padan muka kau. dulu buat kawan aku kan? aku still ingat macam mana kawan aku terpaksa berlakon tenang bila tengok sarjan dengan E tu boleh duduk dua je. memang mulut dia kata tak ada apa apa, tapi aku tahu hati dia menangis. aku kenal lah kawan aku. dia tu sejak bercinta jadi lembut hati semacam.

sarjan tu akhirnya habis sekolah. tahun baru memang susah untuk aku dan kawan kawan aku. kami nak spm lah katakan. tapi kawan aku kata dia nak buktikan dia boleh lupakan sarjan. aku seronok dengar dia cakpa macam tu lepas tengok dia menangis berbulan bulan lamanya. orang yang tahu, cuma akan suruh dia relax lupakan je kisah lalu. tapi aku yang bersama sama dia tengok benda benda itu, susah untuk aku lupakan.
aku pun susah nak lupa, lagi lah kwan aku tu. kan??

sesekali kawan aku still nangis sebab kata dia tak boleh lupakan sarjan. aku tahu itu sukar. yalah.. cinta pertama, memang sukar lah nak lupa. tapi aku janji dengan dia, aku akan support dia selalu. kawan aku lagi dua orang tu pun tak pernah lupa nak bagi support.

dan kini kami dapat tahu yang sarjan dah pun masuk kolej. belajar pasal agama semua. dia dah pandai cakap arab pun. alhamdullillah. dan kawan aku pun mula untuk terima dia sebagai kawan. begitu juga sarjan. aku tak tahu kenapa sarjan buat semua ni? sedangkan semua tahu dia sangat baik dan sayangkan kawan aku.
aku pernah tanya dia dulu, dia kata dia buat sebab nak selamat kan E tu dari jadi yang lebih teruk. tapi aku kata, tapi kenapa mesti sampai lukakan hati kawan aku. dan soalan tu tinggal jadi soalan sampai sekarang.

kawan aku teruskan hidup dia. kadang kadang dia nak ambil tahu pasal sarjan. tapi melalui adik sarjan. sarjan dah pun gembira dengan hidup baru dia. dia ambil jurusan tu untuk dekat kan diri dia kepada Allah lepas apa yang dah jadi pada dia dan kawan aku. macam Allah tu dah tunjukkan dalam masa yang singkat ni.
macam macam kami dah belajar. dan kawan aku cuma kata dia akan tetap sayangkan sarjan kerana itu cinta pertama dia. begitu juga sarjan.

cinta dia orang jadi macam ini, mungkin sebab halangan ibu ibu dia orang. memang hebat restu ibu tu. tapi aku sentiasa doakan mereka bertemu balik supaya soalan yang tiada jawapan dulu akan ada jawapan nya satu hari nanti. dan aku menamakan kisah dia orang sebagai tentang bulan sebab janji yang dia orang ciptakan.

"kalau awak rindu saya, awak tengok bulan sebab saya dan awak akan tengok bulan yang sama."


Comments

Popular Posts