kau istimewa



"hoi jantan!" jerit gadis yang telah ku langgar tadi.
memang kasar betul minah ni. bisik hatiku.
"woi betina! cakap baik baik tak boleh ke?" jerit ku membalas.

batapa marahnya aku tika itu. tak sangka date aku dengan kekasihku dibatalkan gara gara gadis itu. geramnya aku bila mengingatinya. masih segar wajah cengih gadis itu. mula nya aku rasakan yang gadis itu gadis yang baik dan ayu, tapi bila aku mendengar jeritannya itu, hilang segala tanggapan baikku padanya.

aku ke pejabat seperti biasa. tempat kerja ku begitu berselerak dengan kerja kerja semalam yang aku tangguhkan. sekilas aku melihat meja yang kosong selama sebulan di sebelahku. tapi hari ini seperti penuh. ada yang masuk kerja ke? bisik hatiku.

"Zack. ini rakan sekerja baru kita. Zilla." Shima memberitahu. aku yang sibuk membuat kerjaku memangdang sekilas. aku terdiam. dan memandang gadis itu sekali lagi. kini lebih lama.
serentak antara kami.

"AWAK!!!!"

zilla memang gadis yang lasak. memang malang siapa yang mendapatnya. sungguh tak ku sangka ada gadis yang begitu dahsyat sepertinya.

"apa pandang pandang?" Zilla memarahiku.
"awak ni asyik nak marah saya saja. garang macam singa tau." pujukku.
"kalau saya singa, lain kali jangan ajak saya makan bersama lagi." marah Zilla lagi.
"okay okay. saya cuma bergurau. jom makan."

hari hari ku mula di temani olehnya. memang dia gadis yang agak kasar di mata orang. tapi bagiku dia ada sesuatu yang unik. sesuatu yang gadis lain tidak ada.

aku tidak dapat lagi menahan perasaan ini. aku akhrinya meluahkan nya. aku mendapat jawapan yang positif dan kini dengan satu lafaz dia menjadi milikku.



dia memang isteri yang baik buatku. dia tidak pernah lagi berkasar denganku seperti dulu. aku mula musykil dan bertanya kepadanya. kini barulah ku tahu dia menjadi kasar kerana dia pernah dilukai ol;eh insan bernama lelaki. dia berjanji untuk tidak menjadi lemah lagi. dia nak jadi kuat di mata orang supaya tiada yang ingin menipu atau memijak kepalanya.

aku menggenggam erat tangannya. dan berjanji akan sentiasa menjaga nya sehingga akhir hayat ini.

Comments

Popular Posts